Thursday, 30 April 2015

URUTAN AJAIB (TERAPI REFLEKSOLOGI)




Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan. Pusat Rawatan Bekam Al-Iman menyediakan perkhidmatan Refleksologi/urutan tapak kaki yang diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.

“Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. 

FAKTA: Kelebihan refleksologi
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan




Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

# Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

# Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

SIFU BEKAM: 013-250 8456 / 013-319 9963

No comments: