Pernahkan anda merasa sakit belakang yang melampau? Menurut kajian 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah. Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan.
Sebelum itu,mari kita mengenal struktur tulang belakang kita. Tulang belakang manusia terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘Disc’. Disc ini berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ini stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang.
Keadaan Disc yang terbonjol
Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc).
Punca Berlaku Slipped Disc
Proses penuaan antara punca berlakunya Slipped Disc di mana ligament yang memegang disc itu menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc itu pecah.
Namun begitu, aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang salah juga mampu menyumbang kepada risiko slipped disc antaranya:
1. Membongkok terlalu lama
2. Mengangkat beban yang terlalu berat
3. cara mengangkat beban yang salah
4. duduk atau baring dalam posture badan yang salah
5. Kecederaan ketika bersukan (cth: mengangkat berat di gym)
Tanda-tanda Slipped Disc
- Sakit yang melampau dan tiba-tiba. Biasanya berlaku di bahagian bawah belakang dan juga boleh berlaku di bahu serta tengkuk.
- Sakit di bahagian bawah belakang boleh menyebabkan sakit menyucuk-nyucuk di bahagian kaki dan tapak kaki. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh melarat dan menyebabkan lumpuh.
Cara Mencegah
- Mengaja berat badan ideal. berat badan yang berlebihan member bebanan yang lebih kepada tulang belakang
- 2. Berhenti merokok. Nikotin dalam rokok adalah toksik kepada disc. Ia menghalang disc mengekalkan sifat elastiknya kerana toksik menghalang penyerapan nutrient
- Amalkan Posture badan yang betul.
BEKAM BOLEH MERAWAT SLIP DISC
Mengikut testimonial dari seorang pesakit yang telah berbekam ditempat lain yang mengalami masalah slip-disc(selisih tulang belakang) setelah dilakukan bekam maka rasa sakit di tulang belakang hanya berulang kembali setelah tempoh enam bulan.
Sebelum dibekam maka pesakit merasa kesakitan tulang belakangnya setiap hari. Beliau telah mencuba rawatan alternatif secara lain tetapi tidak berkesan.Pesakit sebegini disarankan berbekam di kawasan pinggangnya dan belakang badan dengan intensif iaitu lebih banyak poin diambil bagi satu sessi bekam.
Bagi pesakit slip-disc yang kronik disarankan agar merebut peluang ini untuk berbekam pada tarikh yang disunnahkan untuk meringankan penderitaan anda. Semoga Allah merahmati anda.
No comments:
Post a Comment