Kekeliruan Awam tentang Al Hijamah @ Bekam @ Phlebotomy.
---------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang terkeliru hari ini akan perletakkan derma darah (Al Fashdu) dan Bekam (Al Hijamah). Sehingga ada pihak yang menyamakan kebaikan kedua-dua kaedah tersebut.
Tidak disangkalkan bahawa derma darah mempunyai kebaikan tersendiri, namun dalam sudut penjagaan kesihatan dan ikhtiar perawatan penyakit ianya tetap berpihak kepada Bekam (Al Hijamah). Ini berdasarkan hadith :
Tidak disangkalkan bahawa derma darah mempunyai kebaikan tersendiri, namun dalam sudut penjagaan kesihatan dan ikhtiar perawatan penyakit ianya tetap berpihak kepada Bekam (Al Hijamah). Ini berdasarkan hadith :
إن أمثل ما تداويتم به الحجامة
"Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling utama ialah berbekam" (Hadith Riwayat Bukhari)
"Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling utama ialah berbekam" (Hadith Riwayat Bukhari)
Berikut, sang faqir menyertakan beberapa perbezaan Derma Darah (Al Fashdu) dengan Bekam (Al Hijamah):
1. TITIK (POINT) PENGAMBILAN DARAH.
Pada derma darah hanya ada 1 titik sahaja yang terlibat iaitu di bahagian lengan lazimnya. Manakala untuk bekam, ianya melibatkan titik-titik tertentu yang khusus bagi permasalahan yang terlibat, titik-titik (point) ini digelar vascular spider / jaringan meridian / Al Habl. Titik-titik ini berada di kepala, bahu, tubuh dan bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan permasalahan yang diadukan. (Titik Sunnah)
2. DARAH YANG DIAMBIL
Pada sudut derma darah, darah yang diambil relatif bersih melalui pembuluh darah (vena). Biarpun berada sekitar 30 minit di beg tabung darah, ianya tetap merah segar dan cair.
Berbeza dengan Bekam, darah yang diambil relatif kotor. Ini dapat kita perhatikan dari warnanya yang gelap kea rah kehitaman.Lazimnya, dalam tempoh masa 10 minit di gelas bekam, kita akan lihat darah bagaikan jeli atau agar-agar . Sememang darah yang diambil adalah darah yang berpotensi untuk membeku atau menggumpal dan menyebabkan penyumbatan di pembuluh darah serta boleh mengakibatkan stroke, darah ini digelar darah oksidan.
Dari jenis darah bekam juga, kita dapat mengenalpasti masalah semasa dan risiko akan datang pesakit. Walaupun darah yang diambil semasa berbekam hanya setengah atau suku daripada jumlah derma darah, namun kesannya jauh lebih berkesan, seperti yang dinyatakan dari awal, antara fungsi utama bekam adalah mengaktifkan vascular spider dan membuka sumbatan yang berlaku pada bahagian intravascular.
Secara amnya, setelah dibekam maka sakit di leher dan di bahu akan hilang. Kepala akan terasa ringan. Dan pandangan menjadi terang. Ini adalah berdasarkan terstimoni daripada sejumlah orang yang telah dibekam.
Bahkan ada yang sering merasakan sakit kepala, dengan izin ALLAH , berkurangan sakit tersebut, kerana untuk menjamin terus hilang sakitnya, bukanlah suatu jaminan mutlak.
=================================================
Berikut adalah jadual perbandingan komposisi darah antara darah bekam dan darah daripada vena (derma darah) :
PARAMETER ; NILAI PADA DARAH BEKAM ; NILAI DARAH PADA PEMBULUH
1 WBC ; 4.93 ± 0.41 x103/mm3 ** ; 7.03 ± 0.41 x103/mm3
2 RBC ; 4.01 ± 0.28 x106/mm3 ** ; 5.560 ± 0.14 x106/mm3
3 HGB ; 11.25 ± 0.90 g/dl ** ; 14.29 ± 0.39 g/dl
4 HCT ; 34.3 ± 2.4 % ** ; 47.44 ± 5.45%
5 RDWC ; 14.184± 0.16% ; 14.252± 0.16%
6 MCH ; 24.82 ± 0.66 pg/cell ; 25.55 ± 0.68 pg/cell
7 MCHC ; 28.73 ± 0.26 g/dl ** ; 29.88 ± 0.26 g/dl
8 PLT ; 149.6 ± 15 x103/mm3 ** ; 283 ± 23 x103/mm3
9 LY% ; 36.96 ± 2.0% ; 34.28 ± 1.9%
10 MO% ; 7.50 ± 0.44 % ** ; 5.55 ± 0.52%
11 GR% ; 55.24 ± 1.9 % * ; 60.91 ± 1.9%
1 WBC ; 4.93 ± 0.41 x103/mm3 ** ; 7.03 ± 0.41 x103/mm3
2 RBC ; 4.01 ± 0.28 x106/mm3 ** ; 5.560 ± 0.14 x106/mm3
3 HGB ; 11.25 ± 0.90 g/dl ** ; 14.29 ± 0.39 g/dl
4 HCT ; 34.3 ± 2.4 % ** ; 47.44 ± 5.45%
5 RDWC ; 14.184± 0.16% ; 14.252± 0.16%
6 MCH ; 24.82 ± 0.66 pg/cell ; 25.55 ± 0.68 pg/cell
7 MCHC ; 28.73 ± 0.26 g/dl ** ; 29.88 ± 0.26 g/dl
8 PLT ; 149.6 ± 15 x103/mm3 ** ; 283 ± 23 x103/mm3
9 LY% ; 36.96 ± 2.0% ; 34.28 ± 1.9%
10 MO% ; 7.50 ± 0.44 % ** ; 5.55 ± 0.52%
11 GR% ; 55.24 ± 1.9 % * ; 60.91 ± 1.9%
WBC = White Blood Cell
RBC = Red Blood Cell
HGB = Haemoglobin
HCT = Hematocrit
RDWC = Red Cell Distribution Width
MCH = Mean Corpuscular Haemoglobin
MCHC = Mean Corpuscular Hemoglobin Concentration
PLT = Platelet Blood Test
LY% = Lymphocyte
MO% = Monocyte
Gr% = Granulocyte
RBC = Red Blood Cell
HGB = Haemoglobin
HCT = Hematocrit
RDWC = Red Cell Distribution Width
MCH = Mean Corpuscular Haemoglobin
MCHC = Mean Corpuscular Hemoglobin Concentration
PLT = Platelet Blood Test
LY% = Lymphocyte
MO% = Monocyte
Gr% = Granulocyte
Pada penelitian dari hematologi tersebut dapat disimpulkan, bahawa komposisi darah yang diambil dari proses bekam dan yang diambil dari vena (derma darah) memiliki perbezaan yang jelas.
-------------------------------------------------------------------------------------------
3. KEDALAMAN JARUM / TOREHAN MATA PISAU
-------------------------------------------------------------------------------------------
3. KEDALAMAN JARUM / TOREHAN MATA PISAU
Pada sudut Derma Darah, jarum menembusi kulit sehingga vena, kira-kira 1-2 cm ke dalam daging hingga ke dalam saluran vena.
Manakala pada sudut bekam, jarum sekadar menusuk sekitar 0.2 mm, apatah lagi torehan, yang hanya ditoreh pada bahagian epidermis (lapisan kulit atas) dan tidak merosakkan struktur dermis (lapisan kulit tengah). Sangat pendek. Jika pada derma darah, lazimnya proses tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Manakala jika bekam paling lama mangkuk bekam boleh berada di tubuh setelah ditsusuk/toreh adalah 2 minit, lebih daripada itu dibimbangi pesakit mengalami masalah gelembung air (blister) akibat dari tekanan negatif pada permukaan kulit yang ada peluh halus di liang epidermis.
Untuk maklumat lanjut tentang BEKAM, boleh ke Master Bekam Therapy Centre
No.Tel : 09-666 00 23 / 013-319 9963
Blog : mastebekam.blogspot.com
No.Tel : 09-666 00 23 / 013-319 9963
Blog : mastebekam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment