JOM BUAT CHEKLIST:
-----------------------------
-----------------------------
Anda pernah melakukan bekam? Pada titik2 yang dibekam adakah anda tahu nama dan manfaatnya?
Ada titik-titik bekam ini sama seperti titik2 akupuntur. Banyak manfaatnya utk mengatasi penyakit2 tertentu terutamanya untuk pengaliran darah yang bagus.
1) Titik Ummu Mughits
- Titik ini berada di ubun2 kepala.Manfaatnya adalah untuk merawat stroke, Hypertension, Migraine , Vertigo. Teknik bekam dikepala perlu mencukur rambut di bahagian yg hendak dibekam.
2) Titik Qomah Duah
-Berada di belakang kepala bahagian bawah. Titik ini bermanfaat untuk sakit ringan dan juga sakit berat seperti pandangan kabur, sakit kepala, vertigo, sakit bahu dan sakit leher.
3) Titik Al-Akhda'in
- Letak di 2 urat di kiri dan kanan leher. Titik ini adalah titik perjalanan usus besar dan usus kecil. Berfungsi untuk merawat sakit kepala, sakit gigi, sakit leher, hidung, kerongkong dan lain2 terutamanya sakit yang melibatkan bahagian kepala.
4) Titik Al-Kahil
- Kedudukan di bahagian atas hujung tulang belakang iaitu ditengah2 kiri kanan bahu. Bermanfaat untuk masalah sakit di sekitar kepala dan saraf badan. Titik penting apabila berbekam.
5) Titik Al-Yafukh
- Titik ini berada di kepala iaitu di bahagian depan kepala. Sesuai utk pesakit stroke, masalah penglihatan, gangguan ingatan.
6) Titik Al-Katifain
- Titik ini terletak di bahagian kiri dan kanan bahu. Titik ini juga sesuai utk sakit kebas tangan, stroke, sakit kepala, ketegangan belikat dan leher juga utk masalah mistik.
7) Titik 'Ala warik
- Titik ini terletak di bahagian kiri dan kanan tulang belakang di bahagian pinggang. Titik ini sesuai utk sakit "slipped disc" , gangguan ginjal dan pundi kencing, gangguan usus besar, masalah haid tidak lancar dan juga kesuburan.
8) Titik 'Ala dzohril qodami
- Titik ini berada di atas betis belakang kaki. Titik ini sesuai utk sakit gout, kebas kaki, masalah saraf, gangguan pundi kencing.
9) Titik Al Fakhd
- Titik ini berada di bahagian paha depan. Titik ini utk merawat masalah lemah syahwat, haid tak stabil, hormon, kesuburan, masalah saraf dan lain2.
10) Titik Al-Ruqbah
-Titik ni terletak di bahagian sekitar lutut. Titik ini pula sesuai utk mereka yg ada masalah sakit lutut, masalah stroke, masalah mistik, masalah saraf dan lain2.
11) Titik Al-Zhohrul Qodam
-Titik ini terletak di atas "kura" kaki (bahagian atas tapak kaki). Titik ini biasanya utk sakit gout, kebas kaki, kaki sesemut dan lain2.
Alhamdulillah....untuk dapatkan info lebih lanjut boleh ke Master Bekam Therapy Centre(MBTC)
No comments:
Post a Comment