Wednesday 15 June 2016

BEKAM DAN GANGGUAN JIN



Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir "
.........................................................................
CARA MERAWAT GANGGUAN JIN DENGAN BERBEKAM
..........................................................................
> Bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi (spt diatas). Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.
> Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.
> Bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir.
>Pesakit yang menghidap sihir kerana urusan kerja biasanya dadanya akan sakit.
>Mangsa sihir rumah tangga pula sakit di pinggang manakala mangsa akibat sihir pelaris, mangsa terpaksa berdepan dengan kesakitan yang teruk di kaki pada waktu tertentu.
> Kaedah bekam yang disertai amalan bacaan ayat-ayat rukyah dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir terhadap pesakit.
> Sebelum memulakan rawatan, perawat perlu membaca ayat Kursi disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas bagi mengelak aura sihir daripada badan pesakit berpindah ke tubuh perawat.
> Darah yang mengandungi unsur gangguan biasanya berwarna merah gelap , berketul-ketul seperti jeli dan bila ditarik seakan akan bertali.
> Bahagian badan yang dibekam biasanya berwarna hitam seperti kesan melecur akibat terbakar.
> Selepas berbekam, pesakit akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pembuangan racun daripada badan.
> Ia juga boleh mengurangkan 50 hingga 60 peratus gangguan sihir dalam badan kerana jin hanya akan bergerak mengikut aliran darah yang kotor.

Credit :
drbekam4u (Wednesday, 27 February 2013)
Untuk maklumat lanjut tentang bekam boleh ke MBTC
::Master Bekam Therapy Centre
::09-666 00 23/013-3199963

No comments: