Tuesday 28 April 2015

RUJUKAN S.O.P KKM DALAM RAWATAN BEKAM

PANDUAN KKM:

A)  KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
   
     1. Memastikan amalan kebersihan tangan(Hand Hygiene),penggunaan PPE seperti pemakaian sarung tangan (Gloves),gaun/apron,"mask" dipatuhi oleh semua perawat yang mengendalikan kes berjangkit untuk mengelakkan berlakunya jangkitan silang.

B) CARA-CARA MERAWAT PERALATAN BEKAM YANG SELESAI DIGUNAKAN
   
     ~CAWAN BEKAM
          1. Masukkan cawan/cup bekam yang telah digunakan ke dalam bekas yang telah disediakan.
     
          2. Letak sedikit cecair pencuci dan cecair Dettol/antiseptic yang dicampur dengan air.

          3. Masukkan air dan cuci cawan bekam satu per satu menggunakan span yang telah disediakan.

          4. Bilas cawan bekam sehingga bersih.

          5. Keringkan cawan bekam dan lap dengan tuala yang bersih.

          6. Selepas dilap,masukkan cawan bekam di dalam UV Sterilizer dan disteril selama 5 minit.

          7. Setelah selesai,keluarkan cawan bekam dan kumpulkan di dalam bekas yang telah          disediakan.

         8. Semburkan semburan antiseptic Dettol dan simpan cawan bekam di tempat yang bersih dan                 pastikan  bekas yang diisi cawan bekam ditutup.

   
   ~PERALATAN LAIN

    1. Pen,pencukur dan pam bekam yang telah digunakan akan disapu dengan cecair Spirit dan                    kemudian disteril di dalam UV Sterilizer selama 2 minit.

    2. Jarum bekam yang telah digunakan akan dibuang dan jarum baru akan ditukar untuk setiap                  pesakit.

    3. Tisu kering dan tisu basah akan dipakai buang untuk setiap pesakit.

    4. Sarung tangan/glove dipakai buang untuk setiap pesakit.

    5. Pisau cukur akan ditukar untuk setiap pesakit (bekam dibahagian atas kepala).

    6. Antiseptic/alcohol Swab akan digunakan untuk setiap pesakit dan juga dipakai buang.

   7. Sisa-sisa darah,jarum,tisu,pisau dan lain-lain akan dilupuskan mengikut cara yang digariskan    oleh KKM.(kategori sisa klinikal)

No comments: