Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita masih lagi berada di bulan Rejab dan akan menunggu ketibaan Sya'ban. In sya Allah tidak lama lagi Ramadhan pula akan bertandang. Begitulah aturan Allah seiring berputar bumi di paksinya. Mudah-mudahan kita sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah. Umat Islam sudah bersiap sedia untuk menunggu ketibaan Ramadhan dengan pelbagai persiapan terutamanya dalam soal menjaga kesihatan di bulan puasa.
oleh itu, kami di Pusat Rawatan Bekam Al Iman, amat mengalu-alukan anda untuk menunaikan sunnah berbekam bersesuaian dengan hadis Rasulullah saw supaya umat Islam berbekam untuk kesihatan walaupun hanya mencuba sekali untuk seumur hidup. Rasulullah juga berbekam ketika bulan Ramadhan melalui hadis-hadis sahih yang telah dikumpul. In sya Allah, kami akan membantu merawat tubuh badan anda dengan kaedah Bekam Sunnah.
Harga promosi di ambang Ramadhan
mudah-mudahan dengan berbekam kita kekal sihat sepanjang ramadhan in sya Allah
No comments:
Post a Comment