Tuesday, 20 May 2014
STROK BOLEH DIBEKAM
Stroke adalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.
Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi pemulihan dimulakan lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan normal.
Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa stroke untuk pulih.Kepada pesakit yang baru mengalami strok segeralah berbekam bagi membenarkan oksigen sampai ke otak dengan mudah.Insyallah anda akan sembuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment