1. Minum air masak / suam dengan
banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur
pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing
2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria
katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang
panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL
atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk
gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji
seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan
merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk,
napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam
halus
13. Berendam dalam air panas pada
paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau
pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak
sayur-sayuran
Bagi
menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga
dijauhi Allah dari gout
1.
Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan
berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih
parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang
putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan
jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan
jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera
seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu
seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan
roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan
tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick,
oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini
ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana
teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna
dan perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan
air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air
minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu
atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan
pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan.
(Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai
susu
15.. Kurangkan pengambilan kerang,
ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap
mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging
kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini
dibesarkan diladang cuma 31hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba
gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya
berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging
tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan
elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti
oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan
produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa
seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman
seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari
seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis,
bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat
(gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di
bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut,
keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan
kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak
kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan
pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal
dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan
seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang
supplement seperti multivitamin dsb
33. Kurangkan atau elakkan tepung
putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih.
Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti
apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang,
apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan
tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk
seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran
jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin
seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan
(usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast
food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara
terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan
England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah
pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England
40. Elakkan terjatuh dan berurut di
bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama
daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat
atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan
bersantan
44. Kurangkan makanan yang
mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
No comments:
Post a Comment