Saturday, 14 June 2014

KEBAIKAN BERBEKAM

Walaupun dah berkali-kali saya kongsikan tentang kebaikan berbekam, tapi kali ni saya nak berkongsi lagi dan lagi...agar kita jelas dengan hikmahnya...Apa yang Rasulullah yakinkan untuk kesihatan kita, mana mungkin kita boleh menafikannya...jadi, jom kita kongsi apakah kebaikan berbekam?

KEBAIKAN BERBEKAM
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

No comments: