Ramai yang masih tertanya-tanya tentang bekam...
apa itu bekam?
sakit ke bekam?
ada kesan sampingan ke?
mahal tak?
Dengan persoalan yang macam ini lah yang menyebabkan mereka tersekat untuk mencuba bekam...jadi, kami akan cuba memecahkan satu per satu persoalan anda yang macam-macam tu...insya Allah
**Apa itu BEKAM?
# Bekam ialah perkataan Melayu untuk proses pengeluaran darah kotor (toksin) dari badan melalui permukaan kulit. Bahasa Arab pula ialah Al-Hijamah yaitu membuang darah kotor dengan tujuan membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh. Inilah salah satu cara DETOKSIFIKASI yang berkean serta selamat dengan tiada kesan sampingan. Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh karena itu banyak toksik berkumpul disitu.
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.
Sejak Zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam menjadi amalan bagi penyembuhan pelbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy) angin ahmal (stroke), hinggalah ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih – lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi karena berpandukan hadits – hadits yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam.
Nabi Muhammad Saw merupakan insane yang pertama dibekam para Malaikat dengan perintah Allah Swt sebelum Isra. Penjelasan dalam hadits Riwayat Ibnu Majah menerusi Katzir bin Salim :
Selama Aku Berjalan pada malam Isra bersama para Malaikat, Mereka selalu berkata “Hai Muhammad, Suruhlah Ummatmu berbekam”
**Sakit ke BerBEKAM?
# Rasanya apabila dibekam itu adalah seperti tubuh kita diurut. Cuma cara urutannya dengan menggunakan cawan bekam dan bukan dengan tangan. Sakit sikit je,tapi cuma sekejap sebab kulit kita disedut masuk sedikit ke dalam cup bekam. Rasanya mungkin seperti anda mencubit kulit menggunakan kelima2 jari anda dan ditarik keluar. Tidaklah berapa sakit kan, dan berbeza jika anda mencubit dengan dua jari yang pastikan agak pedih.
Ada juga para hajjam yang memulakan rawatan dengan urutan menggunakan cup bekam dan melalukan cup itu keseluruh badan atau tempat2 point bekam. Ianya juga di kenali sebagai bekam luncur, kemudian barulah dimulakan bekam darah. Salah satu kelebihan bekam luncur ini adalah ia mengenai beberapa titik meridian di badan kita pada satu masa. Dan juga ia merangsang atau melembutkan kulit kita supaya ia bersedia untuk di bekam.
** Ada kesan Sampingan tak?
# Berbekam tidak ada kesan sampingan dan BEKAM ini sangat berkesan untuk merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
** Mahal tak kalau BERBEKAM?
Di Pusat Rawatan Bekam Al Iman, kami telah mengadakan pakej-pakej tertentu yang membolehkan anda mampu untuk menerima rawatan Bekam.
Pakej BEKAM untuk seluruh badan
Kuala Terengganu: RM 100
Luar Kuala Trgganu: RM 140
Pakej pelajar: RM 70
(Merangkumi kepala, badan dan kaki-depan dan belakang badan)
# Pakej per/bahagian badan (biasa):
Bahagian kepala: RM 35
Bahagian badan :RM 70
Bahagian kaki :RM 35
#
Bahagian kepala : RM 25
Bahagian badan : RM 50
Bahagian kaki : RM 25
** harga boleh dirunding mengikut kemampuan anda/ kalau tak mampu, kami akan bagi rawatan percuma untuk percubaan.
~Cup bekam akan diberi mengikut penyakit dan saiz badan... (point tertentu)
~untuk tambah cup, kami akan buat smpai puas hati tanpa sebarang caj tambahan
~boleh buat rawatan ke rumah tanpa caj perjalanan(tetap dgn harga yg sama)
~jurubekam lelaki utk pesakit lelaki dan jurubekam wanita utk pesakit wanita
~chek tekanan darah dan gula dlm darah percuma sebelum rawatan
~jika masih tak mampu, insyaAllah harga boleh runding
No comments:
Post a Comment