Bekam atau hijamah adalah teknik rawatan dengan kaedah membuang darah
kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Perkataan
Al-Hijamah berasal dari istilah bahasa Arab: 'Hijama' (حجامة) yang
bermaksud pelepasan darah kotor. Dalam bahasa Inggeris, ia disebut
‘cupping’, dan dalam bahasa Melayu, ia dikenali dengan istilah ‘bekam’.
Disebutkan bahawa bekam bekerja dengan cara merangsang atau mengaktifkan :
1. Sistem kekebalan tubuh;
2. Pengeluaran Enkefalin;
3. Pelepasan neurotransmitter;
4. Penyempitan dan pelebaran pembuluh darah; serta
5. “the gates for pain” pada Sistem Saraf Pusat (CNS) yang berfungsi memberikan rasa nyilu.
Berbekam
merupakan kaedah rawatan klasik yang telah digunakan dalam merawati
berbagai jenis penyakit seperti hemophilia, hipertensi, gout, rheumatik
arthritis, sakit belakang, migrain serta penyakit-penyakit umum yang
lain, sama ada bersifat fizikal mahupun mental.
Bekam merupakan
rawatan yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW, dalam hadis berikut: Dari
Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda : "Kesembuhan itu ada pada tiga hal:
Dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan
aku melarang umatku dengan besi panas." (HR Bukhari)
SEJARAH BEKAM
Hijamah/bekam/cupping
dan banyak istilah lainnya sudah dikenali sejak zaman dulukala, iaitu
kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babylon, Mesir, Saba’
dan Iran. Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda menggunakan kaca berupa
cawan atau mangkuk tinggi.
Pada zaman China kuno, mereka menyebut
hijamah sebagai ‘perawatan tanduk’ kerana tanduk digunakan menggantikan
kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di
Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada suatu masa,
40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu.
Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila disangkutkan
pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah dengan lahap. Setelah
kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh.
Seorang
pakar herba, Ge Hong (281-341 M) dalam bukunya ‘A Handbook of
Prescriptions for Emergencies’ menggunakan tanduk haiwan untuk membekam /
mengeluarkan bisul yang dipanggil teknik ‘jiaofa’. Semasa Dinasti Tang,
bekam dipakai untuk merawat paru-paru. Pada kurun abad ke-18 (abad
ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat
untuk berbekam (dikenal dengan istilah ‘Leech Therapy’) dan masih
dipraktikkan secara meluas sehingga kini.
Hippocrates (460-377
SM), Celsus (53 SM-7 M), Aulus Cornelius Galen (200-300 M) mempopularkan
kaedah pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk rawatan di
zamannya. Dalam melakukan teknik rawatan tersebut, jumlah darah yang
keluar cukup banyak, sehingga ramai pesakit pengsan. Cara ini juga
sering digunakan oleh orang Romawi, Yunani, Byzantium dan Itali oleh
para rahib yang meyakini akan kebaikan berbekam.
JENIS BEKAM
Bekam
kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan
kulit tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering ini berkhasiat untuk
melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan
ketidakselesaan urat-urat punggung kerana rheumatik, juga
penyakit-penyakit penyebab ketidakselesaan punggung. Bekam kering baik
bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah.
Kulit yang dibekam akan tampak merah kehitam-hitaman selama 3 hari.
Bekam
basah (Hijamah Rothbah), iaitu mula-mula dengan melakukan bekam kering,
kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet), lalu
di sekitarnya dihisap dengan alat berbekam dan pam tangan untuk
mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3
sampai 5 minit, dan maksimum 9 minit, lalu dibuang darah kotornya.
Penghisapan
tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat
dan berbuih. Dan selama 3 jam setelah dibekam, kulit yang lebam itu
tidak boleh disirami air. Jarak waktu pengulangan bekam pada tempat yang
sama adalah 3 minggu saja.
WAKTU BERBEKAM
Sebaiknya
berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun
dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik
r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada
pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau
ke-21." (HR Ahmad).
Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan
pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk
rawatan penyakit, maka harus dilakukan bila-bila sahaja diperlukan.
Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika
diperlukan.
Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa
berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam
hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam
untuk tidak memakan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari
Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada
hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala
macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a.,
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian
lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
Dari
Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di
bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada
hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah,
Ahmad, sanad sahih)
Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21,
sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh
kalian." (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami
(III/388))
Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan:
“Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan
tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan
kerana mungkin cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana
itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika
cairan-cairan tubuh bergerak lancar dan mencapai puncak penambahannya
kerana bertambahnya cahaya di bulan."
No comments:
Post a Comment