Tuesday, 5 May 2015

WANITA KENA BACA NI...

HORMON TAK STABIL PUNCA KITARAN HAID TERGANGGU

Gangguan haid di kalangan wanita cukup menyiksakan...kadang-kadang haid sekali dalam tempoh 3 bulan, dan kadang-kadang 2 kali dalam tempoh 1 bulan...Ada juga haid yang normal, tetapi tetap menanggung kesakitan (period pain) yang dasyat. Sepatutnya rutin bulanan ini datang tanpa ada gangguan...

Jangan ambil remeh tentang kitaran haid anda kerana jika ada gangguan haid berkemungkinan ada sesuatu tidak kena yang sedang berlaku pada tubuh..

Pada dasarnya haid merupakan darah kotor dan selaput lendir rongga rahim yang menggelupas dengan sendiri. Peristiwa ini berlaku disebabkan adanya perubahan kadar hormon ESTROGEN dan PROGESTERON sehingga darah kotor dan selaput lendir tersebut keluar dari rahim melalui liang vagina.

Peristiwa ini akan berlaku selama beberapa hari kemudian akan berhenti selama beberapa minggu dan berulang lagi seterusnya hingga wanita tersebut tidak lagi menghasilkan sel telur (menopause)

TANDA-TANDA HORMON TAK STABIL:


  • Berat badan naik
  • Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot
  • Kurang bernafsu
  • Keletihan
  • Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan
  • Berpeluh
  • Mengidam



TIPS MENGATASI MASALAH HORMON TAK STABIL:
  • Jangan stress sangat
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Makan makanan kaya dengan Omega 3
  • Kurangkan minuman berkafien
  • Berbekam
  • Amalkan riadah sehingga berpeluh


TITIK BEKAM STABIL HORMON:

Ada sesetenga individu yang kuat makan tetapi berat badan masih stabil dan ada sesetengah individu lain yang cuba kurangkan makan tetapi berat badan masih naik dan susah untuk kurus...
Masalah ini disebabkan oleh hormon pengatur berat badan yang bermasalah serta organ pencernaan yang kurang efektif dalam menyerap zat makanan..

Titik bekam yang sesuai untuk mengatasi masalah ini adalah di bahagian dada iaitu di kawasan ulu hati secara konsisten pada setiap minggu. InsyaAllah akan mendapat berat badan yang ideal.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)











No comments: