Wednesday 15 June 2016

BOLEH KE WANITA BERBEKAM??

OK, WANITA BOLEH BACA NI.
=======================
BOLEH KE WANITA BERBEKAM?
KAN DAH "KELUAR" STP BULAN?
------------------------------------------------------------------------------------------



Soalan begini sudah seringkali diajukan, malahan ada yang memberi pendapat bahawa, wanita tidak perlu berbekam kerana setiap bulan sudah membuang darah.
Malah, ada juga yang mengatakan, sunat untuk kaum lelaki berbekam sebagai ittiba’(ikutan) sunnah, adapun tidak sunat bagi kaum hawa berbekam, ini adalah pendapat yang mengelirukan. Adalah penting sebelum mengeluarkan pendapat, kita mengkaji halnya berkaitan dengan haid seorang wanita.
Secara ringkasnya haid berlaku apabila tiadanya berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Proses ini akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Dan ini hanya berlaku di dalam rahim sahaja, bukan pada bahagian-bahagian tubuh yang lain.
Secara ringkasnya, proses haid tidak membantu merawat masalah sakit di bahagian-bahagian tubuh lain, melainkan salah satunya melalui bekam.
==================================================
Oleh kerana itu, bekam itu adalah baik untuk kedua-dua jantina, baik lelaki mahupun wanita berdasarkan hadith :
إن أفضل ما تداويتم به الحجامة
"sesungguhnya cara pengubatan kalian yg paling utama ialah berbekam." (Hadith Riwayat Muslim)
Dalam hal ini, jelas untuk diketahui bekam adalah untuk umum selagi tiada hal yang akan memudaratkan orang yang akan dibekam.
Sebaiknya kaum wanita juga perlu mengamalkan bekam sebagai pencegahan dan perawatan penyakit.
:: Master Bekam Therapy Centre
:: No.Tel : 09-666 00 23 / 013-319 9963
:: Blog : mastebekam.blogspot.com

No comments: