Wednesday, 15 June 2016

SEJARAH BEKAM YANG WAJIB KITA TAHU



Amalan bekam dipercayai diamalkan seawal tahun 3000 sebelum Masihi (S.M.).
Beberapa catatan dalam buku telah dikaji:
- Seperti yang direkodkan di dalam "Ebers Papyrus" iaitu salah satu buku teks perubatan yang tertua di dunia. Antara kandungan buku ini adalah mengenai penggunaan bekam oleh penduduk Mesir seawal tahun 1500 S.M. ahli arkeologis telah menjumpai bukti penggunaan bekam oleh penduduk di Cina seawal 1000 S.M.
-Berdasarkan salah satu hasil karya Hippocrates, amalan bekam dipercayai turut diamalkan oleh masyarakat Yunani pada 400 S.M.
**The Canon of Medicine by Avicenna. Adapted by Laleh Bakhtiar. Great Books of the Islamic World, 1999.
**The Traditional Healer’s Handbook, a Classic Guide to the Medicine of Avicenna. Hakim G.M. Chisti.
Healing Arts Press, 1988
-------------------------------------------------------------------------------------
Antara tokoh sejarah yang menyokong penggunaan bekam sebagai salah satu cara rawatan:
-GALEN (seorang doktor yang terkenal dan ahli falsafah Roman berasal dari Yunani).
-AVICENNA (atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sinna yang lebih menyukai bekam basah).
- MATRE DE MONDERVILLE (pakar bedah kepada Raja Philippe dari Perancis yang menulis buku teks pembedahan, termasuk satu bahagian mengenai bekam yang dihuraikan dengan terperinci)
- NABI MUHAMMAD S.A.W. Rasulullah bersabda, ”Penyembuhan adalah didalam 3 perkara: seteguk madu, berbekam dan pelecuhan. Tetapi aku melarang pengikutku menggunakan pelecuhan”.
Di dalam Musnad yang direkodkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya berbekam adalah diantara ubat terbaik” [2]. Di zaman Nabi Muhammad S.A.W berbekam merupakan amalan biasa.

No comments: