Timbul
perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum mengeluarkan darah dari tubuh
orang yang berpuasa. Polemik ini timbul kerana ada hadis yang menunjukkan
batalnya puasa orang yang berbekam dan ada hadis yang menunjukkan sebaliknya.
Hukum yang disebut dalam hadis adalah berbekam. Ia boleh disamakan dengan mana2
keadaan mengeluarkan darah seperti orang yang menderma darah mereka. Oleh itu
para ulama membahaskan tentang hukum berbekam. KHILAF PARA ULAMA Ulama
berselisih berkenaan dengan hukum berbekam. Mereka terbahagi dua pendapat
PENDAPAT PERTAMA : Berbekam membatalkan puasa.
Ini
pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie,
Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.
DALIL
PENDAPAT INI:
Hadis
Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:
حديث
شدّاد ورافع بن
خديج رضي الله
عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم
والمحجوم ) أحمد وأبو
داود والترمذي وحسنه
وابن ماجه.
“
Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”
Nabi
saw bersabda:
أفطر
الحاجم والمحجوم
"orang
yang membekam orang dan orang yang berbekam batal puasanya." (Hr Tirmizi -
sahih)
PENDAPAT KEDUA : Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini
pendapat Kebanyakan ulama dahulu dan kini, termasuklah mazhab Syafie, Maliki
dan Hanafi.
DALIL
PENDAPAT INI:-
Dalilnya:
احتجم
رسول الله صلى
الله عليه وسلم
وهو صائم
"Rasulullah
saw berbekam dalam keadaan berpuasa."
(Hr
Bukhari, Abu Daud dan lain2 - sahih)
Ulama
pendapat kedua mengatakan hadis ini memansuhkan hadis yang mengatakan orang
yang berbekam terbatal puasanya. Ini kerana berdasarkan hadis berikut:
1.
Hadis dari Ibnu Abbas:
أن
النبي صلى الله
عليه وسلم، احتجم
وهو محرم، واحتجم
وهو صائم
“Sesungguhnya
Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.”
Hadis sahih Bukhari
2.
رخَّص
رسول الله صلى
الله عليه وسلم
في القُبلة للصائم
والحجامة
“
Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat
imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”
3.
Hadis riwayat Abi Said al-Khudri:
رخص
رسول الله صلى
الله عليه وسلم
للصائم في الحجامة
"Rasulullah
saw mengizinkan kepada orang berpuasa untuk berbekam."
(DaruQutni
- beliau berkata sanad hadis ini tidak ada illat)
Ibnu
Hazm berkata: Perkataan "tarkhis" (رخص) menunjukkan hanya berlaku selepas
tegahan. Oleh itu hadis ini memansuhkan hadis yang membatalkan puasa orang yang
berbekam.
4.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra, beliau menceritakan: "Mula2 kami dilarang
berbekam ketika puasa ialah ketika baginda saw lalu berhampiran Ja'far bin Abu
Talib yang sedang berbekam. Nabi saw bersabda "Kedua orang ini batal
puasanya." Kemudian Nabi saw telah membenarkan berbekam kepada orang yang
berpuasa." (Hr DaruQutni - beliau berkata sanad hadis ini tidak ada illat)
KESIMPULAN
Pendapat
yg lebih kuat ialah bekam tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya
melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:
أن
أنساً -رضي الله
عنه- سُئِل: أكنتم
تكرهون الحجامة للصائم؟ قال
: لا، إلا من
أجل الضعف.
“
Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh
berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya
lemah untuk berpuasa.”
(Hadis
sahih Bukhari)
Oleh
itu berbekam (cupping), menderma darah (blood tranfusion) dan perkara yang
melibatkan mengeluarkan darah yang lain adalah tidak membatalkan puasa.
No comments:
Post a Comment