Thursday 12 June 2014

Sakit / Kebas / Lemah Kaki....JOM BERBEKAM!!

Sakit/kebas/lemah kaki

Sakit/kebas/lemah bahagian kaki menjadi satu penyakit yang amat popular dihadapi pada masa ini. Mungkin ramai yang mengatakan biasa sahaja dan bukan masalah besar pun. 80% pesakit yang datang menghadapi masalah ini samaada mereka menyedarinya atau tidak.
Apakah punca nya?
Hal ini biasanya disebabkan oleh 'sciatica', salah urat di daerah lumbar, perubahan tulang belakang lumbar, dan pengecilan dari rongga antara sambungan tulang belakang.
Mengapa boleh terjadi begitu?
  • Anda pernah jatuh yang melibatkan pinggang terhentak
  • Pekerjaan anda memerlukan anda duduk yang lama (pejabat, pemandu)
  • Penunggang motosikal seharian?
  • Melibatkan diri dalam aktiviti / sukan yang melibatkan piggang

Punca-Punca lain.
  • Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.
  • Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.
  • Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah.
  • Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan  (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
  • pemakanan atau tabiat yang menjejaskan kesihatan yang menyebabkan penyempitan saluran darah. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan kadar kolesterol yang tinggi akan mengalami kebas
  • Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.
  • Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.
  • Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.
  • kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid

Diantara keluhan pesakit yang mengalamai masalah ini ialah,
  • keluhan kebas-kebas kaki apa bila duduk lama (duduk diatas kerusi, bersila, cangkung)
  • keluhan yang berupa rasa nyeri didaerah lumbar (pinggang),
  • keluhan nyeri dari pinggang  yang menjalar ke kaki,
  • keluhan nyeri apabila menggerakkan kaki
  • Keluhan nyeri apabila memijak
  • keluhan nyeri pada sendi, lutut, peha, jari kaki

Apa risiko yang boleh terjadi?
  • Anggota tangan @ kaki boleh menjadi kebas yang melampau
  • Refleks pada tangan @ kaki lambat.
  • Kegagalan mengawal pundi kencing.
  • Buang air kecil yang tidak lawas @ tidak puas.
  • low libodo (kurang keinginan seks)
  • kurang kemampuan seks

Antara Langkah pencegahan dan penyelesaian.
  • Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ini bagi meastikan nilai gula di dalam tubuh anda normal atau pun tidak.
  • Ambil suplemen tambahan (supplemen yang betul)
  • Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi system darah anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan tubuh.
  • BERBEKAM

 Boleh ke berbekam mengurangkan & mengubati sakit ini?
Maaf tiada jaminan daripada saya, tetapi Insya Allah jika diizinkan oleh Allah & berkat pengubatan cara Rasulullah s.a.w, segalanya mungkin berlaku. Alhamdulillah, sudah ramai pelanggan mengakuinya.

Apa yang bekam boleh buat untuk sakit ini?
Konsep bekam adalah merangsang saraf yang sakit seperti konsep seperti akupuntur), mengeluarkan darah kotor yang selama ini berkumpul di bawah kulit.

Di Pusat Rawatan Bekam Al Iman, kami memberikan khidmat pakar kepada para pelanggan kami, keselesaan pelanggan2 adalah TOP PRIORITY bagi kami.

HUBUNGI PAKAR BEKAM KAMI

UST SHUKOR 013 2508456
PN.SHUHADA 013 3199963


No comments: